Tuesday 8 March 2011

BALAI BESAR

BALAI BESAR

Bangunan ini dibina pada zaman Sultan Muhamad Jiwa disebabkan lawatan beliau ke Palembang , Sumatra dan Pulau Malay Archipelago.
Beliau mendapat inspirasi dari lawatan tersebut dan mengambil keputusan mendirikannya di Bandar Alor Setar .
Bangunan ini mengalami kemusnahan ekoran serangan oleh angkatan Bugis pada tahun 1770 dan serangan Thai pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1743), bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1896. Kerja-kerja pembinaannya diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kedah bagi menyediakan balai ini untuk majlis perkahwinan lima orang putera dan puteri raja pada tahun 1904.

Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan. Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.
Bangunan ini dikekalkan dengan pembaikan serta ubahsuai tanpa mengubah ciri-ciri asalnya dan kini menjadi tempat untuk majlis-majlis istiadat di raja seperti Istiadat Mengadap , Perkahwinan Di raja , Kemangkatan dan sebagainya.

BALAI NOBAT

BALAI NOBAT


Bangunan yang menyimpan peralatan muzik Nobat (Kumpulan Muzik Diraja di Istana). Bangunan Balai Nobat yang terdapat sekarang ini dibina pada tahun1907 menggantikan Balai Nobat yang lama.
Dengan ketinggian setinggi 40 kaki, di sinilah tersimpannya alat bagi permainan nobat Kedah yang dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu seperti pertabalan, kemangkatan serta upacara-upacara tertentu. Nobat Kedah dianggap nobat paling tua dan bersejarah.
Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.

Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India. Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu ialah Nobat.

Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.
Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.
Pada asalnya alat-alat muzik Nobat DiRaja Kedah mempunyai sembilan alat-alat muzik kesemuanya iaitu:
  • Nahara
  • Nafiri
  • Dua gendang besar
  • Gong
  • Dua serunai- satu berbunyi lagu dan satu berbunyi selurus
  • Dua cheng-cheng- dibuat dari tembaga iaitu satu besar dan satu kecil.

Tetapi semasa pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa, alat-alat muzik Nobat ini telah dikurangkan menjadi 6 alat-alat muzik sahaja iaitu:
  • Nahara
  • Nafiri
  • Gong
  • Gendang Ibu
  • Gendang Anak
  • Serunai

Tiga alat muzik yang dikurangkan ialah:
  • Serunai yang berbunyi selurus tiada berlagu
  • Cheng-cheng tembaga besar
  • Cheng-cheng tembaga kecil
Pengurangan dalam jumlah alat muzik Nobat ini bertujuan untuk menghilangkan irama muzik seakan-akan muzik Hindu yang tidak melambangkan muzik tempatan dan berunsurkan Islam.

Selain daripada alat-alat muzik yang mengeluarkan bunyi, kumpulan Nobat DiRaja Kedah juga mempunyai muzik yang tidak mengeluarkan bunyi dikenali sebagai "semambu". Ia berfungsi sebagai Mahaguru kepada semua alat-alat muzik Nobat dan mesti ada bersama alat-alat muzik lain ketika dimainkan dan ianya dipegang oleh Kalau Besar.
Gong                                                                  Serunai                                           
                        
Nafiri                                                                  Semambu
                        
Nahara                                                               Gendang Ibu
                       
Gendang Anak



Kedudukan pemain Nobat ketika mengadakan persembahan serunai, gong , gendang anak dan sebagainya.

Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:
  • Lagu Raja Burung
  • Lagu Belayar
  • Lagu Gendering Perang
  • Lagu Mambang Berkayuh
  • Lagu Seratan
  • Lagu Hayat/Lagu Dewa Raja
  • Lagu Arak-Arak


Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas lagu-lagu pilihan juga dimainkan seperti mengiringi BARISAN PEMERINTAH KEHORMAT ATAU JENAZAH DIRAJA. Lagu CENDERING PERANG dimainkan ketika Raja berangkat meninggalkan istana atau sekembali dari pengembaraan atau pelayaran. Lagu BERLIMAU pula dikhaskan semasa Raja Bersiram pada hari Istiadat Perkahwinan Diraja.

Nobat biasanya dimainkan:
  • Setiap kali sebelum masuk sembahyang.
  • Setiap hari Jumaat.
  • Istiadat Pertabalan Raja (Sultan).
  • Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja.
  • Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja yang sudah berumahtangga.
  • Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau Menteri Tunggal dan Menteri Empat.
  • Kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain.
  • Istiadat Menyambut Pembesar-pembesar luar negeri yang melawat Kedah.
  • Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
  • Menghormati dukacita gerhana matahari dan gerhana bulan.

BALAI SENI

BALAI SENI

Balai Seni negeri Kedah berada di tengah -tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals
Balai Seni terletak berdekatan dengan Balai Besar. Galeri ini mengandungi berbagai-bagai hasil seni daripada karya anak-anak tempatan dan juga luar dari negeri  Kedah.
Bangunan ini asalnya dibina khusus untuk Mahkamah Besar pada tahun 1912 yang dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada tahun 1923 digunakan sebagai Mahkamah Tinggi dan Jabatan Audit , Perbendaharaan Negeri serta Pejabat Penasihat British.
Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai Seni Negeri yang menempatkan hasil karya dan koleksi seni yang terdapat di Negeri Kedah Darul Aman.
Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri. Kini Balai Seni Negeri ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang sering dilawati bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga oleh pelancong-pelancong asing.

Monday 28 February 2011

kota setar



 KOTA SETAR
Sewaktu bersemayam di Kota Bukit Pinang, Sultan Muhammad Jiwa mengarahkan para pembesarnya meneroka pusat pemerintahan baru untuk menggantikan Kota Bukit Pinang. Tempat baru itu dinamakan Kota Setar mengambil sempena nama pohon setar yang banyak tumbuh di situ. Sebuah istana baru telah dibina lengkap dengan balai besar (balairong-seri/balai penghadapan), balai nobat dan masjid. Sebelum itu rakyat dikerah untuk menggali beberapa batang terusan antaranya dari Alor Semadom ke Sungai besar di Pumpong, dari Kanchut tembus ke sungai besar di Pengkalan Badak, dan sebatang lagi menghala ke Gerbang (Gedebang) melalui Geduk hingga ke sungai Pengkalan Kundor.
Di samping untuk kegunaan pengairan sawah-sawah padi, mengelakkan banjir dan kemudahan perhubungan, tanah-tanah yang digali itu ditambak untuk projek pembinaan kompleks istana Kota Setar. Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa dengan rasminya berangkat bersemayam di Istana Kota Setar. Bermulalah era kedua dalam sejarah pemerintahan baginda di Kota Setar sebagai pusat pemerintahan baru bagi negeri Kedah.
Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah