Tuesday 8 March 2011

BALAI BESAR

BALAI BESAR

Bangunan ini dibina pada zaman Sultan Muhamad Jiwa disebabkan lawatan beliau ke Palembang , Sumatra dan Pulau Malay Archipelago.
Beliau mendapat inspirasi dari lawatan tersebut dan mengambil keputusan mendirikannya di Bandar Alor Setar .
Bangunan ini mengalami kemusnahan ekoran serangan oleh angkatan Bugis pada tahun 1770 dan serangan Thai pada tahun 1821. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882 - 1743), bangunan ini telah dibina semula pada tahun 1896. Kerja-kerja pembinaannya diketuai oleh Muhammad bin Lebai Tambi seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya Kedah bagi menyediakan balai ini untuk majlis perkahwinan lima orang putera dan puteri raja pada tahun 1904.

Balai Besar Kedah dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan kerja-kerja seni pertukangan yang mengkagumkan. Balai Besar Kedah dibina menggunakan kayu cengal emas dan ia merupakan bukti kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu. Balai Besar Kedah mempunyai ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Balai Besar Kedah mempunyai sejumlah 42 tiang utama yang diperbuat daripada kayu keras yang masih kukuh sehingga hari ini. Balai ini dibina dengan menggunakan bahan kayu untuk tiang, atap dan lantai.
Bangunan ini dikekalkan dengan pembaikan serta ubahsuai tanpa mengubah ciri-ciri asalnya dan kini menjadi tempat untuk majlis-majlis istiadat di raja seperti Istiadat Mengadap , Perkahwinan Di raja , Kemangkatan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment