Tuesday 8 March 2011

BALAI NOBAT

BALAI NOBAT


Bangunan yang menyimpan peralatan muzik Nobat (Kumpulan Muzik Diraja di Istana). Bangunan Balai Nobat yang terdapat sekarang ini dibina pada tahun1907 menggantikan Balai Nobat yang lama.
Dengan ketinggian setinggi 40 kaki, di sinilah tersimpannya alat bagi permainan nobat Kedah yang dipersembahkan pada majlis-majlis tertentu seperti pertabalan, kemangkatan serta upacara-upacara tertentu. Nobat Kedah dianggap nobat paling tua dan bersejarah.
Telah dirawayatkan bahawa munculnya Nobat ini semasa hayat Nabi Allah Ibrahim Khalilullah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaannya. Kemudian diperturunkan ke zaman Iskandar Dzulkarnain. Seterusnya diturunkan kepada semua Raja-Raja di Tanah Arab, sehinggalah ke negeri Kedah semasa pemerintahan Sultan Ataillah Mohamad Shah I.

Dalam riwayat yang lain pula menceritakan bahawa masa pemerintahan Almarhum Sultan Ataillah Mohammad Shah, Raja Kedah yang Pertama, seorang saudara adindanya iaitu Tunku Mohammad Jiwa telah melawat ke negeri India. Semasa lawatan itu, baginda telah menyaksikan suatu persembahan bunyi-bunyian yang menarik sekali. Setelah diselidiki, baginda mendapat tahu persembahan itu ialah Nobat.

Sekembalinya ke Kedah dipersembahkan perkara tersebut kepada Sultan Ataillah Mohammad Shah iaitu bunyi-bunyian yang menjadi kebesaran dan kemuliaan Maharaja Hindustan itu. Baginda Sultan kemudiannya berkenan mewujudkan satu kumpulan Nobat bagi menandakan kebesaran dan kemuliaan Sultan dan sekalian kerabatnya.
Dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tiga lagu Nobat dimainkan, iaitu lagu "Raja Berangkat" sekali lagi dimainkan apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berdua berangkat pulang dari Balairong Seri.
Pada asalnya alat-alat muzik Nobat DiRaja Kedah mempunyai sembilan alat-alat muzik kesemuanya iaitu:
  • Nahara
  • Nafiri
  • Dua gendang besar
  • Gong
  • Dua serunai- satu berbunyi lagu dan satu berbunyi selurus
  • Dua cheng-cheng- dibuat dari tembaga iaitu satu besar dan satu kecil.

Tetapi semasa pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa, alat-alat muzik Nobat ini telah dikurangkan menjadi 6 alat-alat muzik sahaja iaitu:
  • Nahara
  • Nafiri
  • Gong
  • Gendang Ibu
  • Gendang Anak
  • Serunai

Tiga alat muzik yang dikurangkan ialah:
  • Serunai yang berbunyi selurus tiada berlagu
  • Cheng-cheng tembaga besar
  • Cheng-cheng tembaga kecil
Pengurangan dalam jumlah alat muzik Nobat ini bertujuan untuk menghilangkan irama muzik seakan-akan muzik Hindu yang tidak melambangkan muzik tempatan dan berunsurkan Islam.

Selain daripada alat-alat muzik yang mengeluarkan bunyi, kumpulan Nobat DiRaja Kedah juga mempunyai muzik yang tidak mengeluarkan bunyi dikenali sebagai "semambu". Ia berfungsi sebagai Mahaguru kepada semua alat-alat muzik Nobat dan mesti ada bersama alat-alat muzik lain ketika dimainkan dan ianya dipegang oleh Kalau Besar.
Gong                                                                  Serunai                                           
                        
Nafiri                                                                  Semambu
                        
Nahara                                                               Gendang Ibu
                       
Gendang Anak



Kedudukan pemain Nobat ketika mengadakan persembahan serunai, gong , gendang anak dan sebagainya.

Lagu-lagu Nobat yang biasa dimainkan ialah:
  • Lagu Raja Burung
  • Lagu Belayar
  • Lagu Gendering Perang
  • Lagu Mambang Berkayuh
  • Lagu Seratan
  • Lagu Hayat/Lagu Dewa Raja
  • Lagu Arak-Arak


Selain daripada lagu-lagu yang tersebut di atas lagu-lagu pilihan juga dimainkan seperti mengiringi BARISAN PEMERINTAH KEHORMAT ATAU JENAZAH DIRAJA. Lagu CENDERING PERANG dimainkan ketika Raja berangkat meninggalkan istana atau sekembali dari pengembaraan atau pelayaran. Lagu BERLIMAU pula dikhaskan semasa Raja Bersiram pada hari Istiadat Perkahwinan Diraja.

Nobat biasanya dimainkan:
  • Setiap kali sebelum masuk sembahyang.
  • Setiap hari Jumaat.
  • Istiadat Pertabalan Raja (Sultan).
  • Istiadat perkahwinan Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja.
  • Nobat berjalan nobat berjalan naik ke lepau Sultan, Raja Muda dan Kerabat Diraja yang sudah berumahtangga.
  • Istiadat berjalan naik oleh serunai nobat iaitu satu sahaja ke lepau Menteri Tunggal dan Menteri Empat.
  • Kemangkatan Sultan, Raja Muda, Kerabat Diraja dan lain-lain.
  • Istiadat Menyambut Pembesar-pembesar luar negeri yang melawat Kedah.
  • Memberitahu mengenai petang menyambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.
  • Menghormati dukacita gerhana matahari dan gerhana bulan.

No comments:

Post a Comment