Monday 28 February 2011

kota setar



 KOTA SETAR
Sewaktu bersemayam di Kota Bukit Pinang, Sultan Muhammad Jiwa mengarahkan para pembesarnya meneroka pusat pemerintahan baru untuk menggantikan Kota Bukit Pinang. Tempat baru itu dinamakan Kota Setar mengambil sempena nama pohon setar yang banyak tumbuh di situ. Sebuah istana baru telah dibina lengkap dengan balai besar (balairong-seri/balai penghadapan), balai nobat dan masjid. Sebelum itu rakyat dikerah untuk menggali beberapa batang terusan antaranya dari Alor Semadom ke Sungai besar di Pumpong, dari Kanchut tembus ke sungai besar di Pengkalan Badak, dan sebatang lagi menghala ke Gerbang (Gedebang) melalui Geduk hingga ke sungai Pengkalan Kundor.
Di samping untuk kegunaan pengairan sawah-sawah padi, mengelakkan banjir dan kemudahan perhubungan, tanah-tanah yang digali itu ditambak untuk projek pembinaan kompleks istana Kota Setar. Pada 15 Syaaban 1418 Hijrah bersamaan 31 Disember 1735, Sultan Muhammad Jiwa dengan rasminya berangkat bersemayam di Istana Kota Setar. Bermulalah era kedua dalam sejarah pemerintahan baginda di Kota Setar sebagai pusat pemerintahan baru bagi negeri Kedah.
Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah